5 permainan lama yang menarik untuk anak isi masa lapang

Bermain adalah salah satu cara bagi kanak-kanak untuk belajar. Namun di zaman teknologi ini, ibubapa lebih mudah menggunakan gadget untuk anak bermain namun ianya terdapat kesan buruk pada perkembangan dan kesihatan anak dalam jangka masa panjang.

Pemainan secara digital ini semakin menjadi rakan bermain pilihan anak-anak. Terlalu banyak masa dihabiskan menggunakan rakan digital ini berbanding bermain di luar dan bersama kawan-kawan.

Bermain secara fizikal dapat memberikan banyak kebaikan kepada kanak-kanak. samada dari segi fizikal juga dengan peningkatan perkembangan kognitif dan kemahiran fizikal, serta kesejahteraan sosial dan emosi.

Permainan lama juga menarik untuk didedahkan kepada anak-anak, selain dapat menperkenalkan tradisi ianya juga memberikan keseronokan kepada anak-anak. 5 permainan lama yang menarik untuk anak isi masa lapang ialah :

  1. Batu Seremban atau Ceper menggunakan batu sekurang-kurangnya 7 biji atau tutup botol minuman
  2. Ketinting pula bermain bersama kawan-kawan dengan membaling satu objek seperti pemadam didalam kotak yang bernombor dan lompat bergilir-gilir
  3. Permainan getah sambungkan getah dan bermain lombat bergilir-gilir
  4. Bermain Congkak pula adalah permaianan yang dapat membantu anak-anak dalam pengiraan
  5. Main sembunyi-sembunyi atau menyorok salah seorang kanak-kanak sebagai pencari dan yang lain sebagai penyorok, pencari akan mencari anak-anak yang menyorok dan memanggil nama. Ianya dilakukan secara bergilir-gilir

Terdapat banyak lagi permainan lama yang masih lagi relevan dizaman teknologi ini. Apa yang penting berilah peluang anak-anak untuk mengenali dan bergaul dengan rakan-rakannya. Ianya kelak akan membantu anak didalam kehidupannya dimasa akan datang.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: