Ajar Anak Hormati Guru dari Kecil images

Ajar Anak Hormati Guru dari Kecil

Assalammualaikum Ibubapa Cemerlang semua. Alhamdulillah semakin ramadhan menghampiri. Esok rata-rata sekolah akan meraikan Hari Guru. Anak-anak juga sibuk nak hadiahkan guru mereka hadiah sebagai tanda terima kasih. Hari ni saya nak kongsikan betapa pentingnya ajar anak hormat guru dari kecil.

Mendidik anak dizaman melenium ini memang tugas yang amat mencabar. Walaubagaimana pun kita tetap kene terapkan akhlak yang baik didalam diri anak-anak supaya apabila dewasa kelak anak-anak akan mempunyai rasa hormat kepada guru, ibubapa dan orang yang lebih dewasa.

Kalau kita nak anak-anak bijak pandai sahaja tidak mencukupi jika akhlaknya entah kelaut. Dari kecillah perlu kita tegaskan rasa hormat kepada guru yang banyak memberi ilmu.

Antara tips untuk ajar anak hormati guru adalah :

Sentiasa berikan salam kepada guru apabila bertemu. Tidak kiralah samada di sekolah mahupun disemasa diluar sekolah. Ianya juga sunah Rasullulah kita.

Kurangkan Bercakap di Sekolah. Jika guru sedang mengajar, seeloknya biarlah cikgu habis menerangkan terlebih dahulu, barulah bertanya jika ada yang tidak faham. Tidah elok juga menyampuk apabila orang sedang bercakap.

Sentiasa bersangka baik terhadap guru. Kalau kita tak ajar anak memang anak-anak tidak tahu bersopan dengan guru. Meskipun Ibubapa ada berselisih pendapat dengan guru, janganlah sekali-kali mengutuk guru tersebut dihadapan anak-anak.

Raikan guru sempena hari guru. Apalah salahnya kita raikan guru-guru yang mendidik anak kita , mecurahkan ilmu dan kasih sayang selama beberapa jam disekolah dengan sedikit penghargaan. Tentunya guru terasa dihargai.

Berikut adalah serba sedikit tips yang kita sebagai ibubapa boleh amalkan. Jalinankan kemesraan antara kita dan guru membantu anak dalam membaiki pembelajaran anak-anak. Tugas guru juga bukanlah semudah yang disangka. Selamat Hari guru buat semua guru-guru.

Image ehsan google

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: