Ajar anak jawi dengan Buku Ibu Ajarku Jawi

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Salam jumaat yang barakah. Hari ni hari last persekolah sebelum cuti sekolah seminggu. Rancanglah aktiviti bermanfaat bersama anak-anak. Hari ni saya nak kongsikan bagaimana nak Ajar anak jawi dengan Buku Ibu Ajarku Jawi.

Sebenarnya nak ajar anak jawi ini bukannya susah sangat, yang penting kena pada caranya dan konsisten. Zaman serba canggih ini rasanya amat kurang pendedahan belajar bahasa jawi, jadi mula-mula dahulu saya pun tercari-cari kaedah yang sesuai untuk ajar anak saya bahasa jawi.

Jadi akhirnya saya bertemu dengan buku Ibu Ajarku Jawi ini. Siri Ibu Ajarku Jawi disusun khas untuk kanak-kanak mempelajari asas kemahiran membaca jawi. Siri ini diolah dengan pendekatan binaan dari suku kata, perkataan, frasa dan akhirnya menjadi ayat. Ilustrasi yang menarik pasti menimbulkan minat anak-anak untuk mempelajari jawi melalui siri ini.

Memang mudah, siri ajarku jawi ini ada panduan untuk ibubapa, dan disetiap buku ada check list untuk kita ibubapa. Anak-anak saya memang suka sebab ianya mudah dan berwarna-warni. Ada 7 buku mengikut langkah demi langkah.

Apa yang lebih penting Ibubapa kene konsisten dan banyakkan bersabar. Dapat ajar 5-15 minit pun sudah memadai. Semoga anak-anak kita lebih mudah belajar bahasa jawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: