Aktiviti Menarik untuk anak Selepas Peperiksaan 2 images

Aktiviti Menarik untuk anak Selepas Peperiksaan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ibubapa, Parents semua. Alhamdulillah sihat ke semua. Lama jugakan rasanya tak menulis dalam blog ni. Sedikit sibuk dengan tugasan harian.

Macamana dengan peperiksaan akhir tahun anak-anak ? pastinya Ibubapa semua lega sikitkan, cuma sekarang nak tunggu keputusan peperiksaan pula. Nasihat saya apapun nanti keputusan yang diperolehi, terimalah dengan hati yang terbuka.

Ha dah habis periksa ni kan pastinya anak-anak akan mula rasa relax dan bosan. Jom kita lihat apa aktiviti menarik untuk anak selepas peperiksaan.

Lawatan Sambil Belajar

Apa kata cuti hujung minggu bawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah atau menarik ataupun boleh benarkan anak mengikuti rombongan sekolah

Baca buka cerita atau Novel

Sekaranglah masanya nak baca komik yang ilmiah atau buku-buku cerita, sambil dapat rehatkan minda dapat tambah ilmu pengetahuan.

Buat Aktiviti Melukis

Bagi yang ada anak-anak gemar melukis tu belikan set lukisan dan buku lukisan. Kalau di kedai Eco atau DIY banyak buku-buku lukisan.

Aktiviti Art dan Kraf

Kalau ada anak-anak perempuan, boleh belikan manik yang berwarna warni, boleh buat rantai, gelang . Selain mengisi masa lapang anak-anak akan menjadi lebih kreatif.

Aktiviti Bertukang

Ni pula untuk anak-anak lelaki. Kemahiran bertukang juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Cuma kene ada pengawasan dari Ibubapalah ye. Boleh buat yang mudah-mudah macam rak buku, alat tulis dan sebagainya.

Aktiviti Berkebun

Apa kata petang-petang lakukan aktiviti berkebun. Ibubapa boleh luangkan sedikit masa bersama anak-anak. Tanam pokok bunga atau sayuran yang senang untuk tumbuh.

Aktiviti Menarik untuk anak Selepas Peperiksaan 2 images

Aktiviti Memasak

Bagi ibu-ibu pula apa kata ajar anak memasak bersama. Boleh buat biskut, sandwich, donut atau muffin. Seronok sambil belajar perut pun kenyang.

Dapatkan serba sedikit idea Aktiviti Menarik untuk anak Selepas Peperiksaan ni. Selain dapat mengisi masa lapang, dapat dekatkan diri dengan anak serta dapat belajar banyak benda baru. Jadi takdelah anak asyik tertumpu pada skrin atau gadget sahaja. Selamat Mencuba !

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: