Aktiviti suka-suka fonik images

Aktiviti suka-suka fonik

Assalammualaikum Ibubapa semua. Salam berhujung minggu. Hari indah bersama keluarga terutamanya anak-anak kita. Hari ni saya nak kongsikan aktiviti suka-suka fonik untuk kita sama-sama bermain dengan anak-anak.

Pernah tak kita kecil-kecil dulu main bisik-bisik. Teringat pula memori lama..hihi. Jadi jom main bisik-bisik dengan anak-anak. caranya begini.

Pemain: 3 atau lebih
Bahan: Buku Bacalah Anakku / Readeasy; kertas, pensel/krayon
Bisik satu bunyi, sukukata, perkataan atau ayat pendek berdasarkan buku apa yang anak telah baca. Contoh ayat pendek , Abang amin ada ladang.
Cara bermain:
1. Pemain duduk atau berdiri di dalam satu barisan.
2. Pemain 1 membisik satu bunyi / sukukata / perkataan / ayat kepada Pemain 2. Pemain 2 membisik apa yang didengarinya kepada Pemain 3. Begitulah seterusnya.
3. Pemain yang terakhir akan menulis dan menyebut/membaca bunyi / sukukata / perkataan / ayat dengan kuat. Semak samada bunyi / sukukata / perkataan / ayat yang ditulis sama dengan yang dibisikkan oleh Pemain 1.
4. Ulangi langkah 1 – 3 untuk bunyi / sukukata / perkataan / ayat yang baru.
Mesti seronokkan. Mulakan dengan sukukata yang mudah dan makin lama tambah menjadi perkataan yang panjang. Ianya dapat mengasah memori anak-anak. Ibubapa juga dapat meluangkan masa bersama.
Selamat mencuba
Sumber : Readnetwork
gambar google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: