Aktviti Menjahit Kelas Bacalah Anakku images

Aktviti Menjahit Kelas Bacalah Anakku

Assalammualaikum Ibubapa semua. Salam pagi jumaat yang barakah. Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk bersama dengan keluarga tersayang. Pagi ni saya nak kongsikan aktiviti menjahit kelas bacalah anakku.

Dah memang namanya anak-anak, kalau kita terlalu asyik untuk menyuruh mereka membaca sahaja, anak-anak akan cepat merasa bosan dan seterusnya hilang tumpuan. Mulalah macam-macam alasan dan perangai mereka. Jadi untuk mengelakkan anak-anak hilang minat kita kena juga selitkan aktiviti bermain didalam pembelajaran.

Bila anak-anak dah kita ajar membaca, dan ulangkaji kita ajar pula aktiviti menjahit. Saya gunakan set menjahit huruf hijaiyiah. Bila dilihat ada anak-anak yang laju ada juga yang lambat.

Apa kebaikkan aktiviti menjahit atau lacing

Ianya dapat membantu motor kecil anak-anak kita yang akan diperlukan untuk menulis nanti. In sha Allah pada 19.8 nanti, saya nak belajar dengan OT Puan Aabidah Ab Ghani untuk ilmu melatih anak- anak menulis sambil bermain. Nak tanya banyak-banyak soalan pada yang pakar. kita ni kadang-kadang macam tahu.. tapi banyak sebenarnya yang tak tahu .

Selamat mencuba. Jadikan aktiviti membaca aktiviti yang menyeronokkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: