Bandingkan Anak antara satu sama lain images

Bandingkan Anak antara satu sama lain

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu. Semoga Jasa dan Pengorbanan kita membawa kebaikan didunia dan membawa berkah diakhirat. Hari ni saya nak kongsikan gejala Bandingkan Anak antara satu sama lain.

Perkembangan setiap anak adalah unik dan berbeza. Ada yang cepat ada juga yang lambat walaupun umur kanak-kanak itu adalah sama. Jadi sebagai Ibubapa, janganlah kita menilai bahawa anak yang cepat itu genius dan lambat itu lembab.

Antara keburukan membanding-bandingkan anak ialah:

  • Anak tidak mempunyai kepercayai kepada diri sendiri dan lebih suka berdiam diri.
  • Kemungkinan anak menjadi seorang yang pendendam
  • Anak menjadi benci kepada ibubapa sendiri
  • Berkemungkinan akan menyebabkan anak melarikan diri dari rumah

Takutkan kalau-kalau perkara diatas terjadi kepada anak kita. Jadi sedarilah dari sekarang.

Maka jadilah ibubapa yang mempunyai ilmu, dan fahami perkembangan setiap anak-anak. Jika kita menyedari anak kita lambat dari perkembangan yang sepatutnya, bawalah anak berjumpa pakar yang sepatutnya bagi mengesan dan dapat langkah-langkah yang perlu boleh dilakukan.

Kita kene selalu ingat bahawa setiap anak ada keisitimewaannya tersendiri. Kita juga tidak sempurna. Suburkanlah kasih sayang antara kita sekeluarga.

gambar sumber google

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: