Bantu anak untuk lancar membaca

Assalammualaikum Ibubapa semua. Alhamdulillah sudah ramai anak-anak yang berusia sekitar 3-6 tahun sudah pandai membaca. Namun anak-anak masih perlu dibantu untuk membaca dengan lebih lancar. Saya kongsikan tips yang di ajar oleh Puan Nik Eliani pengasas Buku Bacalah Anakku dan Readeasy bagi bantu anak untuk lancar membaca.

Ibubapa boleh mulakan dengan Paired Reading iaitu membaca bergilir-gilir bahan bacaan seperti buku cerita dan sebagainya. Boleh gilir-gilir dengan anak baca seperenggan seorang.

Boleh juga buat ejaan lisan dan bertulis. Puan Nik Eliani ada ajar cara Spell Tap. Dipermulaan tunjukkan anak cara Spell Tap seperti gambar dibawah

beritahu anak..contohnya Tengok mama eja ‘bakul’. /Beh-aa-keh-uu-ll/ , bakul.”

Disarankan dan digalakkan anak mengeja menggunakan bunyi sekiranya anak belum boleh convert bunyi kepada nama huruf. Jika anak dah kenal huruf dengan baik, galakkan anak Spell Tap menggunakan nama huruf abc (ie, bi , si).

Sambil mengeja galakkan juga anak menulis apa yang dieja tadi. Selamat mencuba.

Artikel ini diolah dari Puan Nik Eliani Pengasas Kaedah Fonik Bacalah Anakku. Diterbitkan semula dengan izin.

Gambar ehsan google

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: