Kursus intensif bacalah anakku, bengkel permainan kreatif

Assalammualaikum Ibubapa cemerlang dan semua. Alhamdulillah pada 20 Januari iaitu pada hari sabtu ini, teratak mukmin akan menganjurkan 2 seminar iaituĀ Kursus intensif bacalah anakku, bengkel permainan kreatif.

Kursus Intensif Kaedah Mengajar Bacalah Anakku ini akan dihadiri oleh seramai 120 peserta dan semua tempat habis dibooking. Alhamdulillah semakin ramai ibubapa, guru-guru teruja untuk mengajar kaedah fonik.

Kursus ini akan dikelolakan oleh penulis buku Bacalah Anakku iaitu Di sampaikan oleh pengasas tuan haji othman Ahamad dan Puan Nik Eliani Nik Nawi. In sha Allah pastinya banyak input-input penting dan ilmu-ilmu yang akan diberikan nanti. Diposting akan datang akan saya kongsikan bersama.

Satu lagi adalah Bengkel Permainan Kreatif yang juga akan disampaikan oleh Di sampaikan oleh pengasas tuan haji othman Ahamad dan Puan Nik Eliani Nik Nawi. Bengkel ini untuk memberikan pendedahan dengan lebih luas lagi tentang kaedah dan cara untuk mengajar dengan lebih kreatif.

Seramai 47 peserta telah mendaftar. Sempat lagi ni untuk Ibubapa dan guru-guru untuk join bersama.

Semoga kursus dan bengkel yang dianjurkan ini dilancarkan perjalanannya oleh Allah. Jumpa disana ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: