Cara Kreatif Ajar Anak Menulis

Cara Kreatif Ajar Anak Menulis

Selain kemahiran membaca, kemahiran menulis juga adalah penting untuk anak-anak. Jika anak hanya boleh membaca tetapi tidak menulis ianya sedikit sebanyak akan memberikan kesan didalam pembelajaran

Ada dikalangan anak-anak yang boleh di ajar menggunakan kertas dan pensil untuk menulis, namun ada juga anak-anak yang memerlukan kaedah yang lebih kreatif dan berbeza.

Aktiviti yang dikongsikan ini membantu anak menggerakkan otot jari dan keseluruhan tangan untuk memegang pensil dengan betul kelak.

Antara cara kreatif ajar anak menulis yang boleh ibubapa aplikasikan ialah :

Merenyukkan Kertas : Menggunakan jari dan merenyukkan kertas, boleh minta anak renyuk jadi bulat lepastu tampal atas kertas lain untuk buat kolaj

Mengoyakkan Kertas : Ajak anak koyak kertas menggunakan jari mengikut bentuk

Menggunting Kertas : Gunakan gunting plastik. Aktiviti ini melatih jari jemari anak dalam mengawal pergerakan gunting, menguatkan otot jari dan meningkatkan fokus mata dan jari.

Aktiviti Mengepit : Boleh gunakan pengepit kecil atau pun besar, sediakan kertas atau benda yang sama warna penyepit. Anak belajar menggunakan jari dan mengenal warna dalam masa yang sama

Menconteng Kertas : Sediakan kertas yang besar seperti kertas mahjong dan tampalkan didinding, gunakan cryon ianya lebih besar dan mudah untuk anak menconteng

Menampal Kertas : Buat aktiviti kolaj dan tampal bersama

Setiap anak adalah berbeza, cepat atau lambat itu adalah perkara yang biasa. Apa yang penting ibubapa berilah galakkan dan sentiasa berada disisi anak untuk memberikan rangsangan dan bantuan apabila diperlukan.

gambar sumber google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: