Cara rangsang bayi 3-6 bulan untuk membaca awal – part 1 images

Cara rangsang bayi 3-6 bulan untuk membaca awal – part 1

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Kita dah pun masuk bulan oktober. Anak-anak juga akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun. Semoga anak-anak kita diberikan kesihatan yang baik. Hari ni kita sambung pula cara rangsang bayi 3-6 bulan untuk membaca awal – part 1

Pada masa ini bayi kita sudah mula boleh melihat dengan lebih baik.

Menggantung Moblie Berwarna Terang

Jadi kita tukarkan mobile hitam-putih kepada mobile berwarna-warni. Pada tahap umur ini bayi lebih peka kepada warna terang daripada warna pastel. Bayi juga boleh melihat objek dengan menggerakkan kepalanya.

Ibapa juga juga boleh menggantungkan mobile merentasi katil bayi menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi anda melibat(swipe) dan menarik mobile. Mobile elastik ini akan merangsang perkembangan fizikal bayi anda. Apabila bayi pandai menarik mobile, berlaku perkembangan motor halus (koordinasi mata & tangan) yang akan membantu anak untuk belajar membaca nanti.

Menggenggam Pelbagai Objek

Ibubapa sudah boleh membeli mainan yang yang berwarna-warni dan berbunyi seperti kerincing(rattle), mainan lembut(soft toys), mainanpicit(squeeze toys) dan mainan/gegelang getah

Mainan begini untuk menggalak bayi mencapai dan menggenggam objek tersebut. Kemahiran menggenggam akan membantuapabila menulis nanti.

sumber readnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: