Cara rangsang bayi 3-6 bulan untuk membaca awal – part 2

Assalammualaikum ibubapa hebat semua. Alhamdulillah, hari ni ada diantara anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaan PT3. Kita doakan supaya anak-anak tenang dan dipermudahkan menjawap semua soalan dengan mudah. Hari ni saya sambung Cara rangsang bayi 3-6 bulan untuk membaca awal – part 2.

Ibu boleh mulakan membaca buku bergambar tanpa teks (picture books). Baca dalam masa 2, 3 minit sahaja.

Ibu boleh memangku bayi di riba sambil membacakan kepadanya. Buku bergambar binatang lebih menarik kerana kita dapat mengajuk bunyi-bunyi binatang dan ini menggembirakan bayi.

Pastikan ada satu gambar sahaja pada setiap muka surat. Tunjukkan gambar dengan jari dan gunakan pelbagai intonasi dan nada suara apabila membaca.

“Ini Lembu. Moo moo moo.”
“Ini Kucing. Meow meow meow.”

Ibu boleh juga menggunakan Bahasa Inggeris untuk menamakan objek dalam buku bergambar dengan cara dan gaya yang sama.

“This is a Cow. A cow goes moo, moo, mooo.”
“This is a cat. A cat goes Meow meow meow.”

Belilah buku bergambar kulit keras (hardcover) dengan gambar yang jelas(real pictures) dan berwarna-warni untuk bayi.

Ibu juga boleh membelikan buku ‘touch & feel’ (texture books) kerana terdapat pelbagai tekstur untuk disentuh sambil buku itu dibaca.

Selamat mencuba

Sumber readnetwork.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: