Cara rangsang bayi 3-6 bulan untuk membaca awal – part 3

Assalammualaikum Ibubapa semua. Berakhir sudah anak-anak PT3 kita dalam exam mereka. Menyusul pula peperiksaan akhir tahun. Minggu depan cuti sekolah pun bermula, elok rasanya kita ambil peluang ini untuk menambah ulangkaji untuk anak-anak. Ok lah hari ni saya nak kongsikan lagi Cara rangsang bayi 3-6 bulan untuk membaca awal – part 3

Membacakan Bayi Buku Cerita

Membacakan buku cerita yang boleh memberikan ketenangan pada bayi kita. Contohnya seperti buku Allah is my Rabb, Allah love us dan sebagainya.

Amalan membaca buku seawal bayi berumur 3 bulan akan menanam rasa cinta kepada buku dan mengeratkan hubungan ibu dan bayi. Aktiviti ini juga merangsang perkembangan bahasa(linguistic intelligence) bagi bayi. Lagi pun, pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak, mengaitkan aktiviti ini sebagai aktiviti awal literasi.

Harus diingatkan, sesi bacaan mestilah pendek dan pastikan bayi selesa dan tidak mengantuk!

Selamat mencuba

sumber readeasy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: