Galakkan anak bergerak aktif images

Galakkan anak bergerak aktif.

Assalammualaikum ibubapa cemerlang..sihat ke semua. Minggu ni dan beberapa minggu akan datang adalah minggu peperiksaan untuk anak-anak kita. Doakan yang terbaik buat mereka. Hari ni saya nak kongsikan mengapa perlu galakkan anak bergerak aktif.

Sebagai ibubapa aspek kesihatan anak menjadi aspek paling utama. Aktiviti Fizikal amat kerap dilupakan. Aktiviti fizikal ini perlu dilakukan diluar rumah, bukan didalam rumah.

Terdapat kajian yang mengaitkan aktiviti fizikal boleh membantu anak untuk tidur yang lebih baik, yang akhirnya akan memberi kesan kepada pembelajaran yang lebih baik dalam kalangan kanak-kanak.

Antara faedah galakkan anak bergerak aktif ialah

  • Menguatkan otot dan tulang
  • Mengurangkan risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD seperti penyakit jantung, diabetes, dan kanser),
  • Lebih mudah untuk tidur,
  • Lebih bermotivasi dalam akademik.

Terdapat banyak pilihan, bermula dengan permainan/sukan tidak berstruktur, seperti berjalan kaki bersama keluarga.

Bermain permainan aktif (contohnya, badminton, kejar-kejar, dan lain-lain).

Apapun pastikan aspek keselamatan diutamakan. Sentiasa bersama anak-anak dan pantau aktiviti anak-anak.

sumber : positive parenting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: