Jadikan aktiviti menulis itu mudah dan seronok images

Jadikan aktiviti menulis itu mudah dan seronok

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Menulis sebenarnya bukanlah satu aktivit mudah bagi anak-anak kecil. Sebagai Ibubapa kita perlu sentiasa memberi galakan dan rangsangan untuk anak kecil menulis. Saya kongsikan bersama tipsĀ jadikan aktiviti menulis itu mudah dan seronok.

Sediakan Sudut Menulis untuk anak-anak dirumah. Sediakan pelbagai alat tulis, sticker yang berwarna warni, pelbagai cop yang menarik. Saya selalu dapatkannya di kedai DIY sahaja. Ada banyak pilihan dan biasanya saya benarkan anak untuk memilih.

Tampalkan poster-poster yang menarik seperti poster sebut bunyi bacalah anakku, readeasy dan poster-poster yang lain. Anak-anak boleh merujuk poster-poster ini untuk menulis.

Jadikan aktiviti menulis itu penting. Ibubapa boleh tampalkan note kata-kata semangat yang comel dan berwarna warni di sudut menulis anak-anak. Biar anak-anak tahu betapa perlunya kita pandai menulis.

Pamerkan hasil tulisan anak-anak disudut menulis. Ianya memberikan semangat dan tanda dihargai

Galakkan anak membaca apa yang ditulis. Anak-anak saya selalu hadiahkan saya tulisan-tulisan seperti saya sayangkan mama dan sebagainya kepada saya.

Budaya menulis ini perlu diterapkan dari rumah sebelum anak-anak ke sekolah lagi. Ia juga dapat membantu guru-guru dan anak akan lebih cekap menulis disekolah.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: