Kanak-Kanak dan Bermain images

Kanak-Kanak dan Bermain

Assalammualaikum ibubapa ceria semua. Semoga kita semua didalam keadaan yang sihat dan bersedia selalu. Kanak-kanak dan bermain memang tak dapat dipisahkan. Main bermaksud aktiviti spontan yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka.

Bermain membantu kanak-kanak berkembang dari segi sosial, emosi, fizikal serta melatih dan mempertingkatkan kebolehan kognitif mereka.

Bermain secara semula jadi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengawal keadaan yang tidak menentu menggunakan beberapa kemahiran seperti kreativiti, menyelesaikan masalah, berunding, bekerjasama dan sebagainya.

Terdapat dua kategori bermain:

Main berstruktur – bermain mengikut peraturan peraturan-peraturan tertentu dan mencari cara paling berkesan untuk mencapai objektif.

  • Permainan Kad
  • Permainan Papan
  • Puzzle
  • Sukan – bola sepak, badminton dan lain-lain
  • Permainan mencantum atau membentuk – model kapal terbang, lego

Main tidak berstruktur tidak mempunyai masa bermain yang terbatas, struktur khusus, atau objektif pembelajaran – anak menentukan objektifnya sendiri.

  • Bermain dengan blok
  • Mewarna atau melukis
  • Bermain di taman permaianan
  • Mainan olok-olok

bermain bukan semudah yang kita fikirkan, malah, ia adalah sangat penting bagi perkembangan anak-anak kita.

sumber : positive parenting

.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: