Kenali Phonic Smart Teratak Mukmin images

Kenali Phonic Smart Teratak Mukmin

Alhamdulillah syukur Phonic Smart Teratak Mukmin semakin melangkah ke hadapan dengan berpindahnya kami ke lokasi baru di Taman Guru, Kuantan Pahang. Mudah je nak cari, nampak dobi dan bangunan warna oren ..in sha Allah jumpalah kami. Hari ni mari kita kenali Phonic Smart Teratak Mukmin.

Phonic Smart Teratak Mukmin ini di asaskan oleh Puan Rosmaria Mokhtar. Puan Rosmaria memiliki Kelayakkan secara rasmi dari Rednetwork.com sebagai Certified Personal Coach yang berdaftar. Puan Rosmaria sendiri mampu mengajar kaedah fonik didalam Bahasa Melayu dan didalam bahasa inggeris.

Puan Rosmaria bergerak secara aktif di Kuantan dengan menganjurkan pelbagai kursus berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta Kursus Bacalah Anakku dan Readeasy.

Phonic Teratak Mukmin juga ada Ketua Tutor iaitu Puan Aida. Beliau merupakan guru pra-sekolah di salah sebuah sekolah di Kuantan dan telah berkhidmat sebagai guru pra-sekolah selama 17 tahun. Semasa mengajar Puan Aida telah mengaplikasikan kaedah fonik didalam kelasnya sejak 2008. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Puan Aida mula terlibat secara rasmi bersama Teratak Mukmin dari tahun 2017. Sangat berkemahiran dalam mengendalikan kanak-kanak yang lemah dalam pembacaan.

Cik Anis Zulida yang manis ni pula adalah Tutor Pertama di Phonic Teratak Mukmin. Cik Anis memiliki Sijil Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sejak 2016 di beberapa tadika swasta di Kuantan. Dan mula berkhidmat bersama Teratak Mukmin pada tahun 2017.

In sha Allah kami komited membantu menyelesaikan masalah ibubapa yang tak tahu macam mana nak ajar anak membaca. Penting ya untuk anak-anak tahu membaca sebelum masuk ke sekolah, ianya bagi membantu anak-anak kita nanti tidak ketinggalan.

Ibubapa boleh pilih tiga kategori pilihan kelas :

  • Small Grouping Class
  • Personal Class
  • Hometuition

Jadinya cepat-cepat bertindak jika kita menyedari anak tidak boleh membaca. In sha Allah kami sedia membantu. Hubungi Phonic Smart Teratak Mukmin di 013-971 0365.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: