Mari bantu anak tangan kidal

Assalammualaikum dan selamat pagi Ibubapa hebat semua. Semua sihat ? Minggu depan anak-anak dah mula cuti sekolah. Sambung pula dengan hari raya haji. Jadinya kenelah fikir-fikir aktiviti untuk anak-anak semasa cuti sekolah nanti. Saya nak tanya, ada antara Ibubapa yang mempunyai anak tangan kidal ? Hari ni saya kongsikan mari bantu anak tangan kidal.

Mempunyai anak tangan kidal ni ada juga cabarannya. Pada mulanya kita biasanya tidak dapat kesan, tapi bila anak dah mula menulis kita akan dapat lihat kecendurangan anak apabila menulis ditangan kidal. Tulisan comot dan buruk selalu dilabelkan untuk anak tangan kidal. Kenapa? sebabnya ibubapa agak kurang membantu anak kidal ini untuk menulis dengan lebih baik. Jadi mari kita bantu anak tangan kidal ini.

Tips membantu anak tangan kidal menulis.

Alat tulis yang sesuai

Pastikan pensil tidak licin dan terlalu lembut. Pensil yang berkilat dan licin tidak sesuai untuk anak tangan kidal ini. Pensil yang bersegitiga dapat membantu anak tangan kidal menulis dengan baik.

Cara memegang pensil

Latih mereka memegang pensel dengan pegangan tripod, 2 – 2.5sm daripada mata pensel. Ini akan membantu mereka untuk melihat apa yang mereka sedang menulis

Kedudukan badan apabila menulis

Pastikan ketinggian meja ( aras pusat ) dan kerusi sesuai.
Badan tegak, siku diletakkan di atas meja dengan selesa dan kedua belah kaki tetap ( fix ) di atas lantai.

Kedudukan buku atau kertas

Letakkan kertas ke kiri kepada bahagian garis tengah badan ( body mid line ). Kemudian condongkan kertas 45 darjah ke kanan.

sumber : handedness.org

Tanda tempat untuk memulakan penulisan

Ada diantara anak tangan kidal keliru dimana permulaan untuk menulis, kanan atau kira. Jadi ibubapa letakkan tanda atau titik untuk anak memulakan penulisan.

Pastikan ibu bapa dan guru tahu cara menulis setiap huruf yang betul untuk membantu anak kidal.

sumber abcteach.com

Posisi tangan apabila menulis

Pastikan tangan lurus di bawah garis tulis dan tidak dibengkokkan seperti cangkuk ( hooked hand position ).
Pastikan mereka dapat melihat apa yang sedang ditulis.

Semoga dapat membantu.

Sumber artikel readnetwork

gambar google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: