Mari kekal sihat dimusim cuti sekolah

Cuti-cuti sekolah ni kebiasaanya anak-anak kita akan lebih banyak masa dirumah. Tak terkecuali aktiviti makan menjadi lebih giat. Terutamanya bagi yang ibubapanya bekerja.

Ada dikalangan ibubapa yang hanya memberikan wang saku untuk anak-anak membeli sendiri makanan kegemaran mereka. Dan kebiasaanya makanan segera adalah pilihan utama dan lebih mudah. Ianya akan menjadikan anak-anak obesiti atau terlebih berat badan.

Apa kata ibubapa penuhkan peti sejuk dengan buah-buah untuk anak-anak. Galakan anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan junkfood.

Selain itu boleh hadkan pembelian makanan segera dengan menyediakan makanan yang lebih simple seperti sup, kukus mahupun bakar. Ianya lebih sihat dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.

Dihari cuti pula ibubapa boleh membawa anak-anak bersama melakukan aktiviti aktif seperti berbasikal bersama, berenang, meluncur roda, berlari dan sebagainya.

Jadikan aktiviti sihat ini sebagai rutin bagi keluarga dan menjadikan keluarga kita sentiasa sihat dan ceria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: