Tarik anak mengaji dengan Muqaddam Bergambar Dalam 3 Bahasa images

Mengaji dengan Muqaddam Bergambar Dalam 3 Bahasa

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang macamana Tarik anak mengaji dengan Muqaddam Bergambar Dalam 3 Bahasa. Kadang – kadang susah nak ajak anak belajar mengaji. Bosan katanya bila mengadap iqra’. Lagi best baca komik atau main game.

Jadi mengapa muqaddam bergambar ? Muqaddam Bergambar menampilkan terjemahan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tulisan Jawi serta dihiasi dengan gambar-gambar sebagai daya tarikan untuk anak-anak khususnya, agar bertambah minat mereka untuk membaca Al-Quran.

Ianya juga dapat memudahkan para pendidik, pembimbing serta ibu-bapa dalam mendidik anak-anak terhadap ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Ilustrasi yang terdapat didalam kandungan buku amat membantu bagi menarik minat anak untuk mudah memahaminya.

Contoh isi dalam Muqaddam Bergambar 3 bahasa 

Menarikkan isi kandungan muqaddam 3 bahasa ni. Colourful dan tengok tu ada gambar lagi. Boleh cerita dekat anak-anak berdasarkan gambar tu sekali. Cuba baca muqaddam bergambar bersama anak anda. Anak kecil suka kepada warna yang terang, dan gambar yang comel. Ibubapa boleh baca muqaaddam sambil dilihatkan oleh anak. Pasti anak tak sabar untuk membaca muqaddam dengan lancar!

Muqaddam bergambar ini mengandungi 30 surah juz amma. Mulakan dengan membaca muqaddam bersama anak anda. Ini akan mencetuskan rasa di dalam diri anak utk belajar asas iqra’.

Jadikan muqaddam bergambar sebagai motivasi untuk anak belajar mengaji. Mengaji kini bukan lagi perkara yang memberi tekanan. Kini ia pasti menjadi aktiviti yang di tunggu-tunggu oleh anak-anak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: