Menulis bukan perkara yang mudah bagi kanak-kanak kecil. Bagi membantu anak-anak kecil menulis tanpa membebankan, pilihan alat tulis penting.

Apakah alat tulis yang boleh membantu anak-anak kecil menulis tanpa rasa tertekan? 

Terdapat juga pensil berbentuk segitiga yang sesuai digunakan untuk anak-anak kecil yang baru bermula untuk menulis. Pastikan juga ibubapa memberikan pensil 2B yang lebih pekat supaya anak tidak perlu menekan dan penat apabila menulis.

Sesetengah kanak-kanak kecil memerlukan bantuan grip pensil untuk memudahkannya memegang pensil. 

Jika aktiviti menulis adalah untuk belajar bentuk, rupa huruf , ibubapa boleh mempelbagaikan cara dan alat tulis. Ibubapa boleh menggunakan pasir, berus, tanah, garam, jari dan sebagainya supaya anak tidak jemu menulis.

Gambar sumber google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: