Beberapa hari sahaja lagi anak-anak kita akan mula bersekolah. Seperti yang kita ketahui, dasar pendidikan negara berubah sekali lagi bagi anak-anak di tahap 1. Kementerian mengumumkan konsep Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1.

Jom kita fahami konsep ini. Dahulunya anak-anak tahap 1 ini akan dinilai dan dikelaskan berdasarkan ujian yang akan diberikan kepada anak-anak. Kini guru-guru akan menilai secara berterusan melalui pentaksiran didalam dan diluar bilik darjah.

Tumpuan akan lebih kepada proses pembelajaran ceria, pelajaran bermakna, membina kemahiran komunikasi, kemahiran berfikiran kreatif, dan membentuk sahsiah murid serta penerapan nilai kasih sayang dan nilai-nilai murni yang lain.

Pada saya, sebagai ibubapa saya agak menyokong apa yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan ini. Sahsiah dan akhlak seharusnya diterapkan terlebih dahulu bukan sahaja disekolah malahan dirumah.

Kalau dilihat dari apa yang diterangkan oleh Kementerian, ibubapa agak lega sedikit kerana tidak perlu lagi rasa tertekan dengan ujian mahupun peperiksaan yang akan dijalankan. Begitu juga dengan anak-anak. Cuma diharapkan guru-guru akan mentafsir anak-anak murid secara telus tanpa ada berat sebelah.

Mari kita beri masa kepada semua pihak tentang perlaksaan sistem baru ini. Jangan cepat melatah dan berikan kerjasama dan pandangan demi masa depan anak-anak kita.

Sumber dari Kementerian Pendidikan Malaysia

Gambar dari google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: