Pentingnya Luangkan Masa Berbual Bersama Anak

Pentingnya Luangkan Masa Berbual Bersama Anak

Berbual dengan anak, nampak macam perkara remeh dan biasa-biasa sahajakan, namun besar impaknya untuk anak-anak. “Rahsia” hubungan positif antara anak dan ibubapa adalah dengan komunikasi.

Bagaimana cara ibubapa berkomunikasi dengan anak akan memberikan kesan hubungan samaada positif ataupun negatif yang boleh membawa kepada anak menjadi rasa tidak penting, rendah diri dan sebagainya.

Pentingnya bercakap dengan anak bukannya bercakap kepadanya. Apabila ibubapa bercakap dengan anak, ia adalah perbualan yang positif dimana anak menyumbang aktif kepada perbualan. Manakala bercakap kepadanya anak hanya menerima perbualan.

Diusia anak 7 tahun sehingga 12 tahun perkembangan anak daripada permikiran logik dan mula berfikir seperti orang dewasa termasuklah kefahaman kepada sesuatu situasi dari pelbagai sudut berbeza.

Disinilah bermulanya pengaruh rakan sebaya yang akan mengurangkan kuasa ibubapa. Malah pendangan orang lain akan lebih mempengaruhi anak seperti keyakinan diri dan harga diri.

gambar sumber google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: