Suka-suka fonik aktiviti mencari objek images

Suka-suka fonik aktiviti mencari objek

Assalammualaikum ibubapa semua. Semua sihat ke. Sekarang musim tak menentu, ada kala hujan dan kalanya panas. Saya pun dah mula rasa selsema. Alhamdulillah masih lagi dapat bertahan. Hari ni saya nak kongsikan lagi suka-suka fonik aktiviti mencari objek.

Mesti ibubapa selalu menghadapi masalah anak-anak terutama yang dibawah 6 tahun menyepahkan mainan. Sudah tentulah masa tu nak marah , nak bebel semua ada. Ok jom kita tukarnya menjadi aktiviti permainan yang menyeronokkan.

Saya panggil aktiviti mencari objek. Dalam keadaan mainan yang bersepah tu cuba tanya anak “adik …boleh tak carikan mama kereta warna merah” , bila anak berjaya , kita tepuk tangan dan berikan pujian. Aktiviti iniĀ merangsang kemahiran visual anak. Lebih tepat lagi kemahiran persepsi objek – latar ( visual figure – ground perception ). Dalam bahasa mudah, kebolehan anak anda mencari objek spesifik di dalam ‘lautan’ pelbagai objek ( busy background ).

Bila anak dah nampak boring, tukar pulak , kita cari anak sebut. Boleh juga aplikasikan dibuku mencari objek tersembunyi, flyer hypermarket, kamus bergambar dan lain-lain.

Melalui aktiviti sebegini ibubapa melatih anak supaya tidak mudah hilang fokus semasa membaca dan menyalin teks di papan tulis.

sumber readnetword dan google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: