Tidur dan Kepentingannya untuk kanak-kanak images

Tidur dan Kepentingannya untuk kanak-kanak

Assalammualaikum dan Salam Jumaat buat semua Ibubapa. Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah kita bertemu lagi di hari jumaat penhulu segala hari. Hari ni saya nak kongsikan bersama tidur dan Kepentingannya untuk kanak-kanak.

Tidur memainkan peranan penting bagi perkembangan otak kanak-kanak mahupun kita orang dewasa. Bagi kanak-kanak, tidur amat diperlukan untuk menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan. Tidur juga penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi utama kanak-kanak sekolah.

Waktu tidur kanak-kanak adalah berbeza.

  • Kanak-kanak 1 hingga 3 tahun, mereka memerlukan tidur sebanyak 12 hingga 14 jam. Namun, tidur pada waktu siang semakin berkurangan pada kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun.
  • Kanak-kanak 3 hingga 5 tahun memerlukan 11 hingga 13 jam waktu tidur pada waktu malam.
  • Manakala 10 hingga 11 jam diperlukan bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 10 tahun.
  • 8 jam hingga 9 jam sahaja diperlukan bagi kanak-kanak yang berumur 10 hingga 17 tahun.

Antara kepentingan tidur kepada kanak-kanak ialah :

  1. Tidur dapat merehatkan minda serta badan kanak-kanak. Ianya turut mempengaruhi  dalam perkembangan menyeluruh dan dalam pelajaran.
  2. Tidur yang mencukup dapat memastikan pertumbuhan kanak-kanak sentiasa mengikut tahap perkembangan yang bersesuaian.
  3. Tidur juga mempengaruhi pembentukan tulang, tisu dan otot kanak-kanak serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.
  4. Tidur yang berkualiti juga penting untuk memastikan kanak-kanak sentiasa sihat dan dapat membina sistem imunisasi mereka.

Tidur yang tidak berkualiti dan mencukupi akan mempengaruihi perkembangan fizikal, emosi, kognitif dan sosial kanak-kanak. Tidur yang tidak mencukupi mengganggu fokus dan tunpuan anak samaada bermain atau belajar. Kanak-kanak juga akan cepat resah, mudah marah, sukar mengikut arahan guru atau mungkin berbalah dengan ibubapa mahupun kawan-kawan tentang perkara kecil.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan kanak-kanak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Ibu bapa perlu sentiasa memantau tidur kanak-kanak bagi  memastikan kanak-kanak mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi.

Gambar : sumber google

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: