Cuti sekolah pun dah nak tamatkan. Sekejap je masa berlalu. Pastinya ada ibubapa yang dah pun siap beli keperluan untuk anak masuk sekolah tahun depan. Jom kita kongsikan tips beli barang keperluan sekolah untuk lebih jimat.

Baju Sekolah – Baju sekolah dan kain sekolah kalau anak yang masih berada di tahap 1 kebiasanya memang kene beli paling kurang 2 helai. Kebiasaanya kalau ikut jadual sekolah 2 hari nanti anak akan pakai baju sukan. Jadi cukup 2 helai atau pun 3 helai.

Kasut Sekolah – Tahun ni rasa best sikit sebab boleh pakai kasut dan stokin warna hitam. Jadi jimat sikit lah asyik kene beli kapur kasut. Boleh beli kasut hitam di Hari-hari atau pun Bintang Fashion , agak murah sikit dari pasaraya terkenal. Mahal pun tak semestinya tahan lama. Beli sepasang dulu, nanti lepas 2 ke 3 bulan sekolah boleh beli lagi.

Stationery – Kalau saya, suka beli banyak contoh kat mydin ke, tapi saya beli sebelum cuti sekolah lagi. Jadi masa nak masuk sekolah ni tak yah dah fikir nak beli stationery dah

Beg Sekolah – Saya selalu pesan pada anak, kalau masih elok guna je yang lama. Tak perlu nak beli baru. Anak-anak pun faham je, kalau tak pun saya beli je kat shopee, banyak pilihan dan rasa lebih murah

Buku Sekolah – Buku sekolah ni kebiasaanya saya beli yang wajib dulu, dan mana yang dah ada contoh macam kamus, set geometri boleh pakai yang tahun lepas. Buku rujukan biasanya terpulang kepada cikgu, bila cikgu minta baru saya belikan sebab pernah beli tapi tak pakai-pakai

Berbelanjalah ikut kemampuan , boleh je ceritakan kepada anak-anak apa yang perlu dan tidak perlu. In sha Allah anak-anak akan faham. Selamat berbelanja keperluan sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: