Tips bersarapan bersama anak dimusim cuti sekolah

Tips bersarapan bersama anak dimusim cuti sekolah

Bila cuti sekolah bermula, ibu terutamanya akan lebih sibuk dari biasa. Bagi ibu yang bekerja sebagai surirumah keadaan dirumah akan menjadi lebih sibuk dan meriah dimusim cuti sekolah

Rutinnya anak sudah terbiasa bangun awal pagi untuk kesekolah, jadi apakah aktiviti pagi yang boleh ibu manfaatkan bersama anak? Apa kata ajak anak bersama buat sarapan pagi. selain anak dapat belajar, hubungan bersama anak akan lebih rapat dan mesra.

Antara menu sarapan pagi yang boleh dilakukan bersama anak ialah :

Sarapan Roti Sandwich : Bahan-bahannya pun agak mudah, roti, telur atau sardin mayonis dan salad atau timun.Biarkan anak-anak menyusun susunan sandwich mengikut kegemaran mereka

Roti Bakar : Sediakan pembakar roti, roti, jem atau kaya. Biar anak belajar membakar roti dan menyapukannya sendiri

Roti Telur : Sediakan roti, telur dan sedikit majerin atau butter. Pantau anak dengan penggunaan kuali yang agak panas. Biarkan anak belajar mencelupkan roti kedalam telur dan menggorengnya

Salad Buah-Buahan : Sediakan buah-buahan kegemaran dan sedikit mayonis . Biarkan anak-anak mencampurkan sendiri salad dan buah kegemaran meraka

Ringkas dan mudahkan. Aktiviti ini juga membuatkan anak lebih fokus dan kreatif serta dapat membantu anak untuk lebih berdikari

gambar sumber google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: