Tips Tarik Perhatian Anak untuk Membaca

Tips Tarik Perhatian Anak untuk Membaca

Membaca bagi sesetengah kanak-kanak adalah sesuatu yang agak membosankan. Ada dikalangan kanak-kanak membaca suatu aktiviti yang kurang menyeronokkan. Namun dengan membaca kanak-kanak akan lebih banyak mendalami sesuatu perkara.

Sebagai ibubapa, menjadi tanggunjawab kita untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai sesuatu aktiviti yang menyeronokkan disamping memberikan pengetahuan tambahan kepada kanak-kanak.

Diantara tips tarik perhatian anak untuk membaca ialah

  1. Peruntukkan masa yang khusus untuk sesi membaca bersama anak. Ianya bermaksud TV, telefon pintar atau apa sahaja gadjet ibubapa dan anak tidak diaktifkan.
  2. Membacalah dengan penuh perasaan mengikut situasi buku yang dibaca. Jangan takut untuk berjenaka mengguna suara yang berbeza atau bermain lakon peranan setiap watak.
  3. Gunakan puppet tangan atau jari untuk membaca bersama. Boleh juga menggantikan watak cerita dengan nama anak mengikut kesesuaian
  4. Buku yang mempunyai gambar lebih mudah menarik anak untuk membaca, jadi tanyalah anak-anak objek yang ada didalam gambar

Pastikan juga akses kepada buku bagi si kecil tidak harus terbatas kepada sesi membaca bersama ibubapa sahaja. Buku juga haruslah mudah dicapai oleh anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: