5 Kesan Gajet pada sikecil ketika makan images

5 Kesan Gajet pada sikecil ketika makan

Assalammualaikum dan Selamat pagi Ibubapa hebat semua. Alhamdulillah bermula cuti sekolah bagi anak-anak kita. Dapatlah kita ibubapa berehat dalam sebulan ni ya. Apa pun rancang aktiviti yang menarik untuk anak-anak ya.

Memang menjadi keperluan bagi setiap kita memiliki handphone dimasa sekarang ni. Namun ada masa seperti makan, tidur dan sebagainya kita perlu meletakkan gajet ini jauh dari kita untuk kita fokus pada anak-anak. Diwaktu makan contohnya ada ibubapa yang dengan sukarela memberikan gajet untuk anak diam sewaktu dimeja makan. Hari ni saya kongsikan 5 Kesan Gajet pada sikecil ketika makan.

Ya memang anak-anak kita akan diam melihat cerita-cerita kartun dan seumpama dengannya. Namun ada kesan yang kita tidak sedar akan berlaku pada anak kita.

5 Kesan Gajet pada sikecil ketika makan iaitu :

Perkembangan yang Perlahan

Bila anak asyik fokus pada gajet, dimanakah interaksi antara anak dan ibubapa. Anak hanya akan duduk melihat skrin. Ianya mungkin akan mengganggu perkembangan otaknya.

Hilang selera ketika makan

Bila sudah asyik dengan gajet, makan pun dah semakin berkurang. Sebaiknya diketika inilah kita merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan bila makan bersama lebih seronok.

Lambat bercakap

Sudah tentulah lambat bercakap, kalau mata asyik fokus terhadap gajet. Ianya menggangu interaksi dengan Ibubapa, adik beradik mahupun rakan sebaya. Hubungan dengan orang sekeliling pun akan terganggu.

Mengamuk dan menjadi marah

Bila sudah ketagih, jika kita cuba menghentikan aktiviti anak terhadap gajet, anak pasti akan cepat mengamuk dan marah.

Koordinasi motor yang lemah

Sudah tentulah anak kita belajar secara semulajadi dengan menyentuh, daripada hanya melihat dari skrin gajet. Anak -anak sepatutnya lebih aktif bermain, meneroka, terhadap apa yang ada disekeliling mereka. Sebab itu lah pakar amat tindak menggalakkan pemberian gajet terhadap anak dibawah umur 2 tahun.

Ada banyak cara untuk kita nak bagi anak tidak bosan semasa menunggu makanan. Boleh bawa kertas, atau buku atau barang permainan untuk anak-anak.

Jadilah ibubapa yang bijak untuk melahirkan anak ang bijak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: