5 perkara penting mengajar membaca images

5 perkara penting mengajar membaca

Assalammualaikum ibubapa hebat semua. Apa khabar ? Semua sihat kan. Sebagai Ibubapa menjadi satu perkara penting untuk anak pandai membaca seawal umur 3 tahun. Namun ada 5 perkara penting mengajar membaca yang perlu ibubapa tahu.

KESEDARAN FONEMIK
Kesedaran fonemik merupakan kemahiran auditory(mendengar). Ia berkaitan dengan bunyi sahaja dan tidak melibatkan huruf cetak. Aktiviti berkaitan kesedaran fonemik boleh dilakukan dengan mata pejam.
Kesedaran fonemik melibatkan:
– kebolehan menggabung bunyi-bunyi kecil menjadi perkataan secara lisan.
ibubapa menyebut bunyi-bunyi /i/ – /b/ – /u/. Kanak-kanak menggabung bunyi-bunyi tersebut menjadi /ibu/.
– kebolehan mengasingkan bunyi-bunyi dalam perkataan yang diucapkan.
ibubapa menyebut perkataan /ani/. Kanak-kanak dapat mengasingkan bunyi- bunyi dalam /ani/ dengan menyebut bunyi-bunyi /a/ – /n/ – /i/.

FONIKSĀ 
Hubung kait bunyi-bunyi kecil di dalam bahasa pertuturan (speech sounds) dengan simbol/huruf.
Kanak-kanak diajar bunyi /a/ diwakili oleh simbol/huruf ‘a’, bunyi /m/ diwakili oleh simbol/huruf ‘m’, bunyi /ng/ diwakili oleh simbol/huruf ‘ng’ dan lain-lain lagi.
Aktiviti Foniks boleh dilakukan dengan anak seawal umur anak 6 bulan menggunakan kad imbas besar.

Apabila anak menjangkau 1 tahun kanak-kanak diajar lagu fonik, aktiviti asosoasi, awal tulisan(finger painting, menekap) untuk membantu anak mengaitkan bunyi dengan huruf.

KOSA KATA
Kanak-kanak didedahkan dengan persekitaran yang kaya dengan bahasa melalui pelbagai interaksi harian, bercakap, menyanyi, bercerita, menamakan benda-benda di sekeliling dan membaca buku cerita(read aloud).

Ibu boleh melakukan aktiviti untuk mendapat suasana kaya bahasa boleh bermula semasa bayi dalam perut lagi.

KELANCARAN
Ibubapa memodelkan pembacaan lancar.
Ibubapa boleh bersama melatih anak membaca lancar. Boleh juga bersama kawan-kawan dan juga guru.

KEFAHAMAN
Anak memahami apa yang dibaca. Kanak- kanak yang faham akan dapat mencerita semula apa yang dibaca dan menjawab soalan-soalan kefahaman dengan betul .

sumber :readnetwork

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: