Aktiviti bersama bayi untuk rangsang minda images

Aktiviti bersama bayi untuk rangsang minda

Assalammualaikum Ibubapa semua. Selamat bekerja. Minggu terakhir sebelum cuti sekolah. Tak sabar rasanya ya. Hari ni saya nak kongsikanĀ aktiviti bersama bayi untuk rangsang minda. Pemilihan mainan perlu sesuai dengan pertumbuhannya.

Diusia 7 hingga 12 bulan bayi akan mula menunjukan perkembangan dari usia sebelumnya. Dimasa ini lah ibubapa boleh melakukan aktiviti bersama bayi untuk rangsang minda bayi.

Pegang dan tunjukkan permainan yang berwarna terang.Bercakap dan gerakkan permainan secara perlahan-lahan. Biarkan mata bayi melihat pergerakkan mainan itu. Setiap sesi tak perlu lama. Jika nampak bayi sudah hilang minat. Berhenti seketika dan mulakan lagi.

Jika bayi sudah mula berdiri, letakkan permainan dihadapan ibubapa untuk merangsang bayi bergerak mengambil permainan tersebut.

Apabila bayi sudah berjaya mencapainya, berikan pelukan dan galakkan kepada bayi.

Pastikan juga permainan lembut, selamat dan tidak boleh dimasukkan kedalam mulut bayi. Letakkan pada tangan bayi dan ajar cara bagaimana nak melepaskannya.

Selamat Mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: