Anak lambat bercakap

Assalammualaikum dan Salam dihujung minggu semua. Rasa macam lama tak update diblog ni. sibuk sikit sejak kebelakangan ni. In sha Allah akan kembali berkongsi idea dan ilmu dengan semua.

Hari ni nak cerita seikit tentang anak lambat bercakap. Memang biasanya sebagai Ibubapa, bila anak dah mula berumur 2 tahun keatas, ada yang akan bertanya anak dah boleh cakap ke ? Kadang-kadang kita boleh stress juga dengan soalan macamtu kan.

Jom kita cek sedikit tentang batu aras untuk kita melihat perkembangan bahasa anak-anak kita

• Kosa kata(vocabulary) kanak-kanak 2 tahun lebih kurang 50 – 100 perkataan. Apabila menjangkau 3 tahun, kosa kata mereka seolah-olah ‘meletup’. anak-anak akan lebih banyak bercakap.

• Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh menamakan benda-benda yang biasa dilihat dan menamakan gambar-gambar objek. Mereka boleh juga menamakan anggota badan, mula mengenali warna-warna asas. Anak-anak menggunakan ayat pendek ( 2-3 perkataan) untuk komunikasi.

• Kanak-kanak 2 – 3 tahun bertutur menggunakan ayat pendek (2 – 4 perkataan dalam 1 ayat).

• Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh memahami arahan mudah. Kanak-kanak sudah boleh menerima arahan contohnya “boleh tolong mama ambilkan buku”

Sekiranya kita merasakan anak-anak tidak dapat memahami arahan dengan mudah, atau tidak boleh bercakap 2 atau 3 patah perkataan, kita boleh usahakan berjumpa dengan pakar, namun kita harus melihat juga berapa kerap rangsangan yang kita berikan kepada anak-anak.

Pastikan anak dibawa ke klinik kesihatan mengikut jadual permeriksaan yang telah dijadualkan. Disana biasanya nurse-nurse akan bertanya sendiri dan mancatat perkembangan anak-anak kita. Jika ada masalah bolehlah bertanya dengan mereka.

Sumber : pengalaman dan blogreadnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: