Cara rangsang bayi 0-3 bulan untuk membaca awal – part 5

Assalammualaikum Ibubapa cemerlang. Sihat semua. Sekejap sahaja masa berlalu dan dah penghujung bulan 9. Hari ni saya nak sambung bagaimana Cara rangsang bayi 0-3 bulan untuk membaca awal – part 5.

Senaman Otak

Ha pernah dengar tak. Senaman ni kita biasa lakukan semasa mandikan bayi atau nak pakaikan baju.

Ibu boleh gerakkan tangan dan kaki bayi secara bersilang sambil membilang 1, 2, 3. Lakukan dengan perlahan dan lembut.

Menurut Dr Paul Dennison, pengasas Brain Gym, pergerakan sebegini akan mengkoordinasikan otak kanak dan kiri bayi. Dengan itu bayi dapat berkembang sebaiknya apabila kedua-dua otak berfungsi bersama (whole brain functioning).

Jangan pula terkejut menurut kajian juga Dr Carla Hannaford, senaman sebegini akan membantu anak anda belajar membaca, menulis, mengeja dan memahami karangan nanti.

Selamat mencuba

Sumber readnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: