Cara rangsang bayi 0-3 bulan untuk membaca awal
Assalammualaikum Ibubapa semua. Sihat ke semua. Kita doakan anak-anak kita yang akan mula menghadapi peperiksaan UPSR supaya tenang dan fokus dalam menjawap soalan-soalan. Beberapa artikel akan saya kongsikan berkenaan Cara rangsang bayi 0-3 bulan untuk membaca awal.
- Usap , peluk dan cium bayi kita
Sudah semestinya bayi memerlukan usapan , pelukan dan ciuman dari ibu dan bapa.
Menurut neurosaintis, sentuhan, usapan dan ciuman ibu bapa dapat merangsang otak bayi untuk mengeluarkan horman bagi membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi .
Kasih sayang yang Ibu bapa curahkan juga akan membantu pertumbuhan dendrait bayi.
Usapan boleh juga dilakukan semasa lepas mandi, dengan menggunakan minyak zaitun khas untuk bayi dan sebagainya. Usaplah dengan lembut.
Pelukan juga dapat menenangkan bayi serta merasakan dia didalam keadaan yang selamat.
Menurut Tony Buzan, penulis buku ‘Brain Child’ , kasih sayang adalah ‘makanan otak'(brain food) anak. Hal ini bermakna bayi anda amat memerlukan kasih sayang untuk menjadi anak yang pintar.
Jangan sesekali risau anda terlalu manjakan(spoil) bayi anda pada tahap ini.
sumber :readnetwork. gambar google