Kemahiran pra-menulis: Penting untuk anak-anak kecil

Seperti yang kita semua sedia maklum, perkembangan pembelajaran dan kemahiran merupakan satu proses.
Proses memerlukan masa.
Masa yang panjang, pada umumnya.

Menurut kajian, asas-asas menulis boleh bermula dengan baik walaupun anak-anak masih belum memasuki tadika atau pra-sekolah. Permulaan yang baik ini akan memberikan impak yang sangat besar untuk perkembangan skil menulis anak-anak untuk jangka masa panjang.

Mengapakah kemahiran menulis ini penting?

1. Mengurangkan bebanan kognitif (melibatkan aktiviti intlektual)
Anak yang telah mahir dengan skil-skil asas tidak akan terbeban untuk melakukan skil-skil yang lebih tinggi tahapnya.

2. Meningkatkan keyakinan diri
Anak-anak yang mempunyai tahap kemahiran yang rendah akan cepat berputus asa, kurang motivasi, dan kurang keyakinan diri.

3. Meningkatkan perkembangan minda
Kanak-kanak yang lambat menulis merasakan susah untuk mereka menulis dan mengeluarkan idea-idea mereka di kertas.

4. Melancarkan kelangsungan menulis di peringkat lebih tinggi
Perkembangan kemahiran menulis adalah salah satu turutan dalam proses yang bermula sebelum persekolahan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: