Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku (Bhgn 3) images

Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku (Bhgn 3)

Assalammualaikum Ibubapa semua. Selamat pagi. Masih lagi dibulan syawal kekalkan jaringan silaturahim dengan kunjung mengunjungi sahabat dan saudara mara. Ibubapa kene bawa anak-anak sekali ya. Bagi mereka merasainya dan memahaminya. Pagi ni kita sambung lagi Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku (Bhgn 3).

Anak /  Tak Tahu Mengeja
Paling utama sekali ibubapa/ guru kena jelas ‘Apa itu mengeja?’. Kebanyakkan kita faham mengeja adalah ‘membatang sukukata sambil menyebut nama huruf; m(em) a(ei), ma, t(ti) a(ei), ta, ma…ta. Memang betullah sekiranya anak itu diajar dengan Kaedah Mengeja.

Tetapi untuk anak fonik tidak mengeja dengan menyebut nama huruf abc(ei,bi,si) pada tahap awal membaca.

Bagaimanakah anak fonik mengeja?
Anak fonik diajar mengeja secara lisan dan bertulis(imlak/dictation).
Di peringkat awal belajar membaca mereka akan mengeja begini secara lisan(oral spelling):
Perkataan ‘mata’ ,

m(mm) a(aa), t(teh) a(aa), mata.

Perkataan ‘ani’,
a(aa), n(nn), i(ii), ani

Perkataan ‘kolam’,
k(keh) 0(0), l(ll) a(aa) m(mm), kolam.

Beginilah bagaimana kami mengajar anak fonik mengeja. Tanpa membatang sukukata. Anak fonik mengeja dengan menyebut semua bunyi huruf dalam perkataan kemudian terus menyebut perkataan.

Seterusnya anak fonik akan disuruh tulis perkataan yang dieja tadi. Guru/Ibubapa akan sebut perkatan untuk ditulis anak. Sekira anak agak perlahan, maka permudahkan. Kami cadang sebut sukukata demi sukukata untuk ditulis.

Di peringkat akhir belajar membaca, anak fonik akan diperkenalkan kepada nama huruf. Guru/ibubapa akan memberitahu “Ini bunyi a(aa). Bunyi a(aa) ada nama. Nama a(aa), a(ei)(& seterusnya dengan huruf lain). Saya ajar anak saya abc melalui permainan seperti Roda Impian. Secara santai.

Pada mulanya anak fonik akan mengeja dengan mencampur bunyi dan nama huruf.

Perkataan ‘mata’,
m(mm) a(ei), t(teh) a(ei), mata

Perkataan ‘datuk’
d(di) a(ei), t(teh) u(uu) k(keh), datuk

Sehinggalah mereka selesa ‘convert’ semua bunyi kepada nama huruf. Diakhirnya nanti, mereka akan mengeja perkataan sekali gus(tanpa membatang sukukata).

Sebagai contoh perkataan ‘orang’,
o(o) r(ar) a(ei) n(en) g(ji), orang

Daripada pemerhatian dan pengalaman saya, anak fonik lebih hebat mengeja kerana tidak keliru dengan nama huruf.

Anak mengeja bila suruh tulis ‘bi’, besar kemungkinan dia akan tulis ‘b’. Begitu juga dengan ‘si'(keliru ‘c’), ‘ji'(keliru g). Biasala kalau disuruh tulis ‘siku’, anak mengeja akan tulis ‘ciku’.

Sebab itulah lebih baik nama huruf abc diajar kemudian. Sebab itulah jangan dicampuradukkan kaedah fonik dengan mengeja.

Persoalannya, salahkah sekiranya anak fonik mengeja dengan menyebut bunyi? Lebih-lebih lagi anak ini dapat menulis perkataan yang dieja dengan tepat.

Kesimpulannya, ibubapa, guru, nazir, pegawai KPM perlu bersikap lebih terbuka dan ‘accomodating’. Sekiranya kita ada ilmu mengenai Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku, Jadi tak ‘valid’ statement anak fonik tak tau mengeja.

Sumber dari Puan Nik Eliani dan readnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: