Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku (Bhgn 4)

Assalammualaikum Ibubapa cemerlang semua. Sihat ke ? Almaklum musin rumah terbuka ni..saya sakit tekak sikit..hihi..terlebih minum ais. Sekejap sahaja kan dah nak habis bulan syawal. Ok lah hari ni saya nak sambung lagiĀ Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku (Bhgn 4).

Pelajar Tak Tahu Menulis
Apapun kaedah yang kita gunakan, anak-anak tidak akan pandai menulis jika kita tidak ajar mereka. Jadi Ibubaoa perlu ajar anak menulis pada setiap tahap pembelajaran. Bahkan mengajar menulis akan membantu anak membaca dengan lebih baik. Saya selalu cadangkan ibubapa dan guru supaya mengakhiri pembelajaran dengan aktiviti penulisan. Untuk kanak-kanak 3-4 tahun, di antara aktiviti penulisan yang sesuai adalah menekap menggunakan krayon besar dan finger painting. Manakala kanak-kanak 5 tahun ke atas boleh menyalin dan menulis (imlak/dictation).

Antara cadangan saya:
1. Ajar satu bunyi, tekap/salin/tulis satu bunyi.
2. Ajar gabungbunyi sukukata, tekap/salin/tulis sukukata.
3. Ajar baca perkataan, tekap/salin/tulis perkataan.

Ini ada lah dari pengalaman pengasas buku bacalah anakku yang berpengalaman lebih 20 tahun mengajar kanak-kanak membaca menggunakan Kaedah Fonik. Didapati anak-anak bukan saja hebat membaca tetapi juga mengeja dan menulis. Anak tidak pernah keliru sebagaimana kanak-kanak yang biasa mengeja kerana tidak diajar nama huruf. Bahkan ada kanak-kanak fonik yang dapat menulis tanpa diajar kerana mereka cukup faham hubungkait di antara bunyi dan simbol/huruf.

Walaubagaimana pun, di peringkat tadika, banyak kanak-kanak belum cukup mantap menulis. Apabila mereka melangkah ke Tahun 1, kanak-kanak fonik menjadi keliru/tidak faham sekira guru mengajar membaca dan menulis menggunakan Kaedah Mengeja/ Sukukata. Sebab itulah banyak guru sekolah rendah mudah melabel kanak-kanak fonik tidak tahu menulis. Guru boleh membantu secara bertahap dengan mengunakan istilah ‘tulis bunyi /m/(mm)…’; ‘tulis mi..’; ‘tulis minum..’. Saya yakin semua guru sekolah rendah Kementerian adalah guru terlatih dan pernah diajar mengenai ‘fonologi’ semasa di Maktab/Institusi Perguruan/universiti. So tidak wajar sekiranya mereka tidak dapat membantu kanak-kanak fonik.

Ibubapa boleh berbincang dengan guru-guru tadika anak masing -masing bagi membantu anak-anak kita berlajar dengan lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: