Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Gabungan Bunyi Bacalah Anakku (Bhgn 1) images

Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Gabungan Bunyi Bacalah Anakku (Bhgn 1)

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Selamat pagi semua. Minggu selepas raya ni banyak openhouse, ramai juga yang sakit tekak, jadi Ibu-ibu semua kene jaga kesihatan ya. Banyakkan minum air masak. Ramai sebenarnya Ibubapa diluar sana agak keliru dengan kaedah fonik ni. Jadi beberapa minggu ni saya nak kongsikan Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Gabungan Bunyi Bacalah Anakku (Bhgn 1)

Ini adalah beberapa soalan yang seting diajukan kepada saya

  • Saya kurang faham pasal fonik/fonetik.
  • Kaedah ini hanya sesuai untuk budak pandai .
  • Tak boleh guna untuk mengajar 1 kelas.Hanya sesuai untuk ajar individu.
  • Nanti pelajar tak tahu abc.
  • Pelajar tak pandai mengeja bila guna fonik.
  • Pelajar tak pandai menulis bila guna fonik.
  • Perlu bantuan ibubapa untuk pelajar berjaya.
  • Penilaian sekolah/Kementerian Pelajaran tak serasi dengan fonik.

Saya Kurang Fahamlah Pasal Fonik. Betullah tu kalau tak tahu, tak jelas, tak berapa faham, macamana nak guna Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku? Setiap masalah ada penyelesaiannya. Mudah sahaja sebenarnya

  1. Mari Sertai kursus Intensif Bacalah Anakku.
    Boleh ke laman web www.teratakmukmin.com/blog untuk jadual kursus terkini atau hubungi kami untuk mengadakan kursus di sekolah/institusi anda.
    Kami akan ajar cara sebut bunyi dan teknik mengajar yang multisensonsory. Peserta kursus juga berpeluang melakukan aktiviti practical teaching untuk dapat the real FEEL.
  2. Beli dan Baca Buku Panduan dan tengok VCD Panduan Mengajar yang diberikan percuma bersama set Bacalah Anakku. Sesuai untuk yang tidak dapat sertai kursus, dan boleh jimat duit juga.
  3. Baca juga rajin-rajin ke blog www.teratakmukmin.com/blog atau www.cepatmembaca.blogspot.com. Boleh baca artikel tentang kaedah fonik disana.
  4. Boleh juga berbincang dengan pengguna-pengguna Bacalah Anakku. Rasa banyak juga group-group support. Setelah 13 tahun di pasaran, saya yakin tak susah nak cari orang untuk cerita pasal Bacalah Anakku.

Betul ke Hanya Sesuai Untuk Pelajar Pandai ?
Alasan ini tak valid sebab pelajar perlu tahu 30 bunyi & 30 huruf/simbol sahaja sekira mengguna Bacalah Anakku. Tidak perlu hafal abjad(26 huruf) & beratus pola sukukata(lebih daripada 500 pola) sebagaimana dalam Kaedah Mengeja / Tradisional / Sukukata / Gabungbunyi kata.

Dengan kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku mengajar anak mengenal bunyi & simbol a b c d e e f g h i j k l m n o p q r s t u v w y z ng ny sy kh sambil dilatih untuk menggabung bunyi menjadi sukukata, seterusnya perkataan.

Rasanya semua pandai simple mathematics,
30 Vs 500+ yang mana lebih mudah? Yang mana lebih membebankan memori ?

Jadinya ternyata lebih jelas Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku adalah kaedah mengajar membaca yang paling mudah berbanding dengan kaedah lain. Lebih-lebih lagi untuk pelajar-pelajar lemah.

Ibubapa semua Jom buka minda dan beri pelung untuk anak kita membaca awal dengan Bacalah Anakku!

Sumber readnetwork

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: