Kesan Negatif Televisyen

Assalammualaikum semua. Sebagai Ibubapa kita ni sering sibuk dengan aktiviti harian. Jadi untuk memudahkan anak-anak tidak mengganggu kita, kita biasanya akan buka televisyen atau video kartun untuk anak-anak kita tonton. Kadang-kadang kita biarkan lebih dari 2 ke 3 jam sehari.

Diantara kesan negatif televisyen adalah :

1 Kajian oleh Dr Christakis, ketua penyelidik Seattle mendedahkan bahawa, kanak-kanak yang menonton television akan mengalami masalah fokus di kemudian hari.

2 Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun, Setiap 1 jam tontonan TV dalam sehari akan mengakibatkan 10% masalah fokus pada usia 7 tahun. Ianya bukanlah disebabkan kandungan program TV, tetapi perubahan  gambar yang terlalu cepat berubah-ubah akan mengganggu daya fokus anak.

3 Kanak-kanak yang kerap menonton TV akan menghadapi kesukaran fokus apabila ditunjukkan medium yang kurang stimulasi visual seperti buku teks.

4 Kanak-kanak juga akan terdedah dengan pengaruh iklan seperti makanan ringan dan sebagainya

5 Kanak-kanak juga akan menghadapi masalah rabun sejak kecil. Kita sendiri dapat lihat semakin ramai kanak-kanak disekolah yang memakai cermin mata diawal usia lagi.

Banyak sebenarnya kesan negatif yang boleh didapati jika kita sentiasa dan terlalu membiarkan anak-anak terlalu taksub menonton televisyen. Luangkanlah masa-masa emas anak-anak ini dengan pebagai aktiviti seperti mewarna, membaca bersama dan sebagainya.
.
(Sumber : https://buff.ly/2osbwWl)

2 thoughts on “Kesan Negatif Televisyen”

  1. Yup. Teringt dr kita sekolah rendah dulu topik ni selalu dibncangkan.
    Alhamdulillah sejak g SBP dulu, mmg TV jd mcm xbest dah. Xkisah sgt dh kalu xdpt tgk TV. Now anak3 kami start diasuh utk tidak ada tgk TV kt umah. Sesekali tu bolehla bila blk kg.

    1. Setuju ..kehidupan di asrama free from tv..byk masa boleh buat pelbagai aktiviti..kami pun start 2013 tak bagi ank tgk tv di rumah..tak boleh tutup tv selagi ade rancangan kartun..susah nak ajar buat aktiviti belajar atau main..selagi ade tv..

      fikir byk keburukan..takut tak terkawal..bagi kami mmg elok xde tv di rumah..bagi anak2 explore aje sekitar rumah much better..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: