Membaca dengan Menggabung Bunyi

Assalammualaikum dan salam pagi jumaat ibubapa semua.. Alhamdulillah pagi tadi tempat saya hujan…lama rasanya dah tak hujan. Sejuk rasanya dipagi jumaat ini. Hari ni kita kongsikan cara membaca dan menggabung bunyi kaedah fonik.

Melalui kaedah fonik penting selepas ajar anak BUNYI HURUF . Kita gunakan konsep kad bergerak@”kawan”

Asas untuk ajar anak,gabung bunyi huruf, supaya anak faham konsep gabung bunyi…dengan kad bunyi huruf yang di gerakkan.
b….a  ba
b…i.  bi
b..u  bu

Jangan terus ajar ba bi bu. Jika kita ajar terus sukukata ba bi bu tanpa ajar konsep bunyi huruf di gabung, anak-anak selalunya akan jadi menghafal sukukata tersebut..

Boleh banyakkan praktis secara lisan juga dimana-mana sahaja supaya anak mahir konsep gabung bunyi..Tak perlu nak ajar terlalu terikat dengan buku sahaja, boleh juga gunakan poster dan guna konsep “LEARN & FUN”.

Jika anak tidak di ajar asas ini, biasanya masalah timbul bila ajar buku 6 bacalah anakku ,anak akan confuse nak gabung 3 bunyi huruf.
ma…n man

Ini kad imbas kecil dalam Set bacalah anakku saya gunakan semasa mengajar anak sulung, Amaluddeen dan Auni membaca.

Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: