Perkongsian Mengajar Anak Membaca

Perkongsian aktiviti pembelajaran di rumah @homeschooling. Saya Rosmaria, ibu kepada 5 anak iaitu Amaluddeen 8 tahun,Auni 6 tahun ,Anas 4 tahun dan Hanan 3 tahun dan Uwais setahun . Sebagai surirumah dan berniaga online produk pendidikan anak-anak.

Saya telah tanam azam sejak belum ada cahaya mata untuk ajar sendiri anak membaca di rumah dengan kaedah fonik serta bahan-bahan pengajaran yang lain selepas lihat kejayaan kakak ipar dan ibu- ibu yang hebat di luar sana. Untuk peringkat pertama dari bayi,saya dedahkan anak-anak dengan softbook atau buku kain dan flashcards.

Pada usia dua tahun, saya mengajar anak membaca dengan mulakan mereka dengan aktiviti bermain puzzle serta aktiviti menulis menggunakan flashcards, papan tulis mini dan buku aktiviti yang boleh tulis dan padam menggunakan pen marker.

Anak-anak lebih suka dan teruja menulis dengan pen marker berbanding pensil. Dalam masa yang sama sejak usia 1 tahun sehingga 5 tahun, saya gunakan kaedah fonik dari ReadNetwork untuk ajar membaca bahasa melayu, al-quran serta bahasa inggeris dari set bacalah anakku, al-furqan serta read easy.

Mulakan dengan lagu fonik, flashcards, set buku, poster dan buku latihan. Saya percaya didikan yg pertama dan utama adalah dari rumah. Jom saling memotivasikan diri kita untuk jadi ibu-ibu yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun perkembangan setiap anak-anak adalah berbeza,tapi mereka seharusnya di beri peluang unuk belajar dan meneroka dunia di sekitar mereka.

Umur dari bayi hingga 6 tahun adalah ” golden age” yang patut di gunakan untuk mengajar mereka. Saya sentiase berpegang kepada falsafah “learning is a lifelong process. No shortcut”. ~ Sharing is Caring ~ with love

Semoga anda memperoleh manfaat daripada perkongsian ini. Saya juga budak baru belajar, seandainya ada kesilapan, tolonglah betulkan.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Dan tidak lupa juga, Semoga Berjaya!! –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: