Perlunya Membaca Lantang kepada Anak

Assalammualaikum semua. Salam berhujung minggu bersama keluarga. Hari ni saya nak kongsikan perlunya membaca lantang kepada anak.

Membaca lantang bukan menjerit. Membaca lantang ini Ibubapa atau guru menyebut dengan jelas dan lebih mudah diingati.

MEMBACA LANTANG
Teruskan membaca lantang kepada dan bersama anakatau murid semasa dia sedang diajar kemahiran membaca menulis secara ‘formal’.

Membaca lantang KEPADA anak
membaca teks di dalam buku cerita satu persatu.

Kebaikan Membaca lantang kepada anak-anak atau murid :
1. Anak akan biasa mendengar struktur ayat yang baik dan betul ( terutama untuk bahasa kedua anak ).
2. Anak akan menyintai buku.
3. Kaya perbendaharaan kata (vocabulary
4. ‘Bonding’ dengan ibu bapa atau pengasuh.

Membaca lantang bersama anak.

Ibubapa membaca dengan menggalakkan anak
1. menunjuk dan menamakan objek di dalam buku,
2. menceritakan dan bertanya soalan apa yang dilihat di dalam buku,
3. berbual mengenai karekter-karekter yang ada di dalam buku.
4. membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan gambar di dalam buku,
5. bertanya soalan di luar teks bacaan.

Kebaikan membaca lantang bersama anak ialah :
1. Dapat Memperkayakan bahasa.
2. Merangsang kognitif ( minda ) anak dengan bertanya soalan Kenapa, bagaimana, apa akan berlaku.
3. Merangsang sosio-emosi melalui soal jawab mengenai karekter di dalam buku.

Selamat mencuba kepada ibubapa dan guru semua. Ianya perlu dipraktikan bersama anak-anak dengan suasana yang selesa dan gembira.

Sumber dari Puan Nik Eliani dan gambar dr google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: