Selesai join 2 kursus penting pada bulan november

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Sihat-sihat ke semua. Kita bersama doakan anak-anak SPM kita beroleh ketenangan dalam menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah selesai join 2 kursus penting pada bulan november ini.

Alhamdulillah berpeluang belajar mengurus kewangan di Bengkel Pengurusan Tuisyen Professional Kewangan di Pekan, Pahang pada 4 dan 5 November yang lepas.

Seronok dapat mengutip ilmu dari penceramah dan berukhuwah dengan rakan-rakan usahawan pusat tuisyen dari seluruh Malaysia. In sha Allah akan dimanfaatkan segala ilmu yang telah diberikan.

Pada Jumaat lepas pula, baru selesai Readeasy Advanced Workshop pada 10 November di Setapak, Kuala Lumpur. Ilmu yang cukup bermakna untuk kita upgrade diri dalam membantu anak-anak dan semua. Ilmu yang telah diberikan akan diaplikasi kepada anak-anak dan semua untuk terus cemerlang bahasa Inggeris.

Doakan ya Teacher Maria jadi usahawan biz tuisyen yang berjaya, In shaAllah.

“Bussiness is about making someone’s life better”

#usahawanfonik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: