Seronoknya belajar dengan main doh images

Seronoknya belajar dengan main doh

Assalammualaikum ibubapa semua. Semua sihat ke. Cuti sekolah dah pun bermula. Pastinya anak-anak seronok dapat bercuti. Jangan lupa luangkan masa beraktiviti dengan anak-anak. Masa cuti – cuti apa kata kita bermain dengan doh. Saya kongsikan aktiviti seronoknya belajar dengan main doh.

Bagi ibubapa yang ada anak kecil yang masih baru belajar membaca aktiviti bermiain doh ni wajib di adakan bersama. Lebih-lebih lagi sekiranya ada anak cepat lupa atau mempunyai masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Menurut kajian saintis barat, membentuk huruf dan atau perkataan dengan ‘clay’ ( doh / plastisin ) membantu pendawaian saraf-saraf otak kanan yang sangat penting untuk anak disleksia.

Bagi anak-anak yang masih kecil boleh sediakan template untuk membantu. Ibubapa boleh juga belikan papan putih kecil sebagai template. Mudah, murah dan tidak membazir kertas. Ibubapa juga boleh menggunakan pinggan plastik, alas pinggan plastik ( place mats ).

Langkah pengajaran:
1. Sediakan template huruf / perkataan.
2. Beritahu anak, “Mama nak buat /a/ “. ( Sebut bunyi bukan nama huruf )
Tunjukkan dan ceritakan kepada anak cara huruf dibentuk.
” Mula-mula mama gentel doh macam ular. Kemudian mama buat bentuk melengkung dulu.
Kemudian mama gentel lagi doh macam ular. Sekarang mama letak ya menegak begini.
adik, inilah /a/. Bunyi apa ni adik?”

Sila rujuk Carta Bunyi Bacalah Anakku / Readeasy Sound Chart untuk memastikan cara huruf ditulis dengan betul.

3. Galakkan anak untuk membentuk ‘a’ dengan sendiri. ” Sekarang adik pula cuba buat /a/.”
Beri template jika perlu.
4. Tanya anak, “adik buat apa tu?”
Sekira jawapannya /a/, beri pelukan dan pujian

Bagi anak yang cepat lupa dan disleksia, aktiviti sebegini perlu dibuat untuk perkataan. Ya betul memakan masa. Tetapi aktiviti hands-on ( multi sensori ) sebegini lebih bermakna untuk mereka.

Jadikan aktiviti belajar aktiviti yang menyeronokan bagi anak. Selamat mencuba

Sumber artikel readnetwork dengan olahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: