Tips tarik minat anak suka baca buku images

Tips tarik minat anak suka baca buku

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Sihat ke semua. Mesti ada yang dah siap beli keperluan sekolah anak-anak. Ada sesiapa pergi pesta buku big bad wolf hari tu. Banyak buku-buku untuk anak-anak dimasa cuti sekolah. Hari ni nak share tips tarik minat anak suka baca buku.

Kebolehan anak membaca ni banyak manfaatnya kepada anak kita antaranya dapat mengembangkan daya imaginasinya, berkomunikasi serta dapat memperolehi maklumat tentang benda baru.

Antara Tips tarik minat anak suka baca buku ialah

Sediakan bahan bacaan yang sesuai mengikut peringkat umur anak-anak. Anak-anak akan mula suka melihat buku dan seterusnya merangsang minat anak.

Membaca dengan situasi yang menyeronokkan. Boleh membaca bersama anak-anak seperti membaca buku di kawasan rekreasi sambil berbaring dan sebagainya.

Biar anak memilih buku yang disukainya disamping kita mengawasi bahan bacaannya. Galakkan anak memilih beberapa variasi buku.

Jadikan aktiviti membacakan buku kepada anak-anak sebagai rutin. Boleh buat aksi-aksi lucu dan seronok berdasarkan buku yang dibaca.

Jika anak sudah mula bosan dan jemu gantikan dengan aktiviti melukis pula dan sebagaimya. Kemudian mulakan sekali lagi

Bawa anak-anak kepesta buku atau perpustakaan. Sekarang ni perpustakaan lebih ceria bagi menarik minat anak membaca

Selamat mencuba. Jadikan budaya membaca amalan kita.

Gambar sumber google

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: