Ajar Anak Gabung Bunyi

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua.. Alhamdulillah selesai sudah anak-anak kita menghadapi peperiksaan akhir tahu. Tapi anak-anak SPM belum lagi kan. Kita doakan juga kerjayaan buat mereka. Hari ni saya nak kongsikan macamana nak ajar anak gabung bunyi.

Pada peringkat permulaan ibu boleh ajar anak bunyi huruf dengan set abu ada ayam.

Setelah mengajar bunyi huruf melalui lagu abu ada ayam & kad imbas yang disertakan , langkah seterusnya adalah ajar anak GABUNG BUNYI.

Mengajar gabung bunyi adalah supaya kanak-kanak faham bahawa, perkataan yang dituturkan terbina daripada bunyi-bunyi kecil.

Contoh perkataan ‘mata’. Terdapat 4 bunyi bila kita menggabungkan setiap bunyi.

/m//a/+ /t//a/ jadi /mata/

Sebelum mengajar menggunakan buku set bacalah anakku atau poster ,saya selalu guna kaedah gabungan secara lisan ( Oral Blending ) pada anak-anak.

Bunyi huruf /a i u n b /

Sebut /n/ ……. /a/ , n/ ….. /a/ , n/ … /a/ … jadi /na/
( Mula-mula sebut perlahan dan kemudian semakin cepat)

Ulang beberapa kali hingga anak mahir atau peka cara gabung bunyi tersebut kemudian tukar kepada gabung bunyi yang lain seperti /m/../a/ jadi / ma/,/p/../a/ jadi /pa / dan seterusnya.

Tips ini di ajar semasa kursus intensif bacalah anakku dan read easy oleh Puan Nik Eliani dan En.Othman yang saya ikuti pada Disember 2013.

Setelah itu boleh guna gabungan kad imbas yang disertakan di dalam set buku bacalah anakku.

Caranya ialah :

1. Sebut bunyi sambil menggerakkan kad huruf konsonan ( kanan ) dan kad huruf vokal ( kiri ) bagi membina gabungan 2 bunyi huruf.
/n/ … /a/ , /n/ … /a/ , / na /

2. Ulangi langkah sambil menyebut sehingga anak mahir seperti gabung bunyi secara lisan tadi. Cuma kali ini anak dapat lihat pergerakan kad imbas dan kad imbas di bentuk menjadi suku kata.

Sama kaedah bagi bacalah anakku dan read easy..Anak yang menguasai BUNYI HURUF/SPEECH SOUNDS..akan lebih mudah di ajar GABUNG BUNYI/BLENDING SOUNDS.

Selamat Mencuba..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: