Ajar anak membaca Quran dengan Buku Al Furqan dan Kad Imbas

Assalammualaikum Ibubapa hebat semua. Alhamdulillah dah masuk bulan 11 dah kita, menghampiri hujung tahun dah. Anak-anak pun ada yang dah lepas habis peperiksaan. Lepas ni kene rancang pula ya aktiviti masa cuti sekolah. Hari ni saya nak kongsikan cara Ajar anak membaca Quran dengan Buku Al Furqan dan Kad Imbas.

Sudah menjadi harapan kita ibubapa untuk melihat anak pandai baca quran dari kecil ? Kenapa baca alquran dulu ? Sebab bagi saya dengan Alquran lah anak-anak mudah dididik.

Saya gunakan set buku Al Furqan untuk anak-anak dari anak pertama. Umur anak sulung saya semasa saya beli set ini adalah 2 tahun. Kad imbas bijak Alif ba ta tu bersepah-sepah dikerjakan anak-anak saya yang ber’main-main’ dengan kad tersebut.

Saya kongsikan disini tips untuk guna Flashcard Alif Ba Ta

1) Hanya flashkan kad paling kurang sehari sekali sahaja setiap hari selama beberapa bulan, anda pasti akan nampak hasilnya.

Contoh saya sendiri: Saya mula perkenalkan anak huruf hijaiyah ini paling awal semasa umur 6 bulan dengan menonton video al furqan dan imbaskan kad imbas ini. Pada mulanya kurang konsisten disebabkan tugasan harian.

2) Pastikan anak kita gembira semasa bermain dengan flashcard dan juga pastikan kita sebut huruf dalam flashcard dengan kuat, jelas dan berulang-ulang.

3) Untuk lebih berkesan, flashkan kad tersebut dengan laju, iaitu satu kad selama satu saat sahaja.

4)Bawa set kad imbas semasa anak bermain,waktu tidur atau di dalam kereta. Bile berkesempatan boleh ajak anak membaca sambil menyanyikan lagu Al -FURQAN.

Ibu kene banyak bersabar dalam mengajar anak membaca Al Quran, gunakan pujian dan pelukan. Selamat mencuba dan banyakkan berdoa.

One thought on “Ajar anak membaca Quran dengan Buku Al Furqan dan Kad Imbas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: