Ajar Anak Mudah Spelling dan Dictation images

Ajar Anak Mudah Spelling dan Dictation

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga Ibubapa dan semua dalam keadaan yang baik. Musim hujan ni cuaca pun tak menentukan. Hari ni saya nak kongsikan cara Ajar Anak Mudah Spelling dan Dictation.

Nak ajar anak bahasa inggeris ni kalau tak kene cara memang payah. Mari kita sama-sama ikut tips dan step yang diajarkan oleh penulis buku Bacalah Anakku dan Readeasy Puan Nik Eliani ni.

Step Ajar Anak Mudah Spelling dan Dictation.

STEP 1: Ulang-sebut perkataan / frasa / ayat pendek.

Objektif – Merangsang kemahiran mendengar. Memudahkan mengeja ( spelling ) dan imlak ( dictation ).
Ibu atau guru menyebut perkataan / frasa / ayat pendek di dalam bahasa Melayu atau Inggeris manakala anak mengulang sebut.

STEP 2: Mengeja lisan ( Oral spelling)
Ibu dan guru sebut perkataan. Anak menyebut setiap bunyi huruf.
Contoh : BI
Ibu atau Guru: Hen
Anak pula Hen, / h- e – n /

Contoh : BM
Ibu atau guru: Siku
Anak pula Siku, / s- i – k – u /

STEP 1 dan 2 ini kita boleh lakukannya secara santai. Di dalam kereta semasa perjalanan atau di dapur. Semasa sedang bermain-main di dalam atau di luar rumah.
Keep cool ya parents! perlu juga jadi ibubapa yang kreastif.

STEP 3: Menulis perkataan / frasa / ayat pendek dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ( Imlak / Dictation ).

1. Ibu atau Guru memberitahu anak, perkataan / frasa / ayat pendek akan dibaca sekali sahaja.

2. Ibu atau Guru menyebut perkataan / frasa / ayat pendek sekali .

3. Anak mengulang sebut secara lisan perkataan / frasa / ayat pendek yang disebut guru.

4. Anak menulis perkataan / frasa / ayat pendek tersebut.

5. Ibu atau Guru tidak dibenarkan membantu pelajar. Biar anak menulis sendiri.

6. Beri anak masa untuk menyemak penulisannya.

7. Ibu dan Guru menyemak penulisan anak.

Sentiasa ajak anak belajar didalam suasana yang menyeronokkan. Ajarlah anak dengan hati yang terbuka. Belajar dalam suasana santai dapat memberikan anak lebih ruang.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: