Kebaikan dan Keburukan Gajet dalam pendidikan images

Kebaikan dan Keburukan Gajet dalam pendidikan

Assalammualaikum Ibubapa semua. Sudah tentu didalam dunia moden sekarang penggunaan gajet menjadi suatu keperluan. Namun didalam aspek pendidikan ada kebaikan dan keburukan daripada penggunaannya. Hari ni saya nak kita kongsikan bersama Kebaikan dan Keburukan Gajet dalam pendidikan.

Kebaikkan Penggunaan gajet sepeti komputer, telefon pintar dan sebagainya ialah

  • Dapat merangsang deria-deria anak dan imaginasi melalui beberapa aplikasi kreatif.
  • Membantu deria auditori dengan melatih kebolehan mendengar, contohnya dengan cerita-cerita.
  • Terdapat cerita yang memberikan unsur-unsur pendidikan dan amalan yang baik kepada anak-anak

Namun didalam kebaikkan penggunaanya ada keburukannnya juga .Di antara keburukan yang telah dikenalpasti mungkin berlaku termasuk:

  1. Penggunaan Gajet menjadikan anak kurang inovatif dan terlalu manja untuk mencari penyelesaian sendiri
  2. Penggunaan gajet menyebabkan kurang komunikasi diantara rakan-rakan didalam pelajaran. Anak asyik leka dengan gajet.
  3. Gajet boleh mengganggu masa tidur anak-anak dengan ketagihan dan cahaya yang ada pada skrin akan menyebabkan anak susah untuk tidur
  4. Anak menjadi tidak sihat dan menyendiri. Akibat terlalu fokus dan hanya duduk menghadap skrin. Anak-anak sepatutnya bermain secara semulajadi.

Kajian dari Akademi Pediatrik Amerika Syarikat (AAP) menyarankan agar ibu bapa menghadkan masa menonton skrin kepada kurang dari satu hingga dua jam sehari bagi kanak-kanak, manakala kanak-kanak bawah dua tahun langsung tidak digalakkan menonton skrin.

Pantaulah anak-anak dalam penggunaan gajet dan hadkan masa serta tunjukkan teladan dihadapan anak-anak.

sumbangan dari Positive Parenting dan Persatuan Pediatrik Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: