Aktiviti dengan Set Poster ReadEasy images

Aktiviti dengan Set Poster ReadEasy

Assalammualaikum dan Selamat pagi ibubapa semua. Sihat-sihat ke semua. Alhamdulillah. Rasanya seminggu dua ni anak-anak sibuk dengan hari sukan. Kalau ada anak-anak yang masuk bertanding berikanlah mereka dorongan. ok lah hari ni kita nak ceritakan tentang Aktiviti dengan Set Poster ReadEasy.

Set Poster Readeasy ni ada 14 keping poster. Ianya bersaiz panjang 61cm
dan lebar 31cm. Ianya berdasarkan buku Early Reading Series ReaEasy Phonics Beginner Level dari buku 1-8 serta ReadEasy Phonics Intermediate Level dari buku 1-2. Tulisannya lebih jelas dan mudah untuk anak-anak membaca.

Poster ni amat sesuai sebagai salah satu bahan bantu mengajar bagi anak-anak yang kurang minat menggunakan buku. Ye lah kan asyik tengok buku je, bosan. Dengan set poster ni ibubapa boleh tampalkan di ruangtamu atau didalam bilik.

Jadi bila dah tampal tu bila-bila masa kita boleh ajak anak membaca sambil santai. Boleh ajak anak-anak membaca sambil menyanyi, lompat-lompat dan sebagainya. Sambil main cak-cak. Boleh juga gunakan doh untuk anak-anak membentuk abjad dalam poster sambil sebut. Kene kreatif sikitlah ye ibubapa.

Tak perlulah terlalu lama didalam setiap aktiviti. Ambillah masa 3-10 minit sehari. Itu pun dah memadai. Yang penting konsistenlah ye.

Selamar mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan ? WhatsApp Kami
%d bloggers like this: